Jumaat, 28 Februari 2014

BAHAYA TUALA WANITA PAKAI BUANG





Kebanyakan pad dibuat menggunakan kertas kitar semula atau kertas sisa buangan. Proses kitar semula kertas ini menggunakan bahan kimia yang banyak bagi menghilangkan warna dan bau.
Klorin adalah bahan wajib dalam proses pembuatan produk pulpa dan kertas. Klorin bertindakbalas dengan haba untuk menghasilkan Dioksin. Dioksin telah disahkan sebagai karsinogen (racun) paling bahaya untuk kesihatan. Dioksin adalah bahan kimia bertoksid yang amat kuat kesannya. Ia adalah 130 kali lebih bertoksik daripada Cyanide, dan 900 kali lebih berbahaya berbanding Arsenik. Ia digelar “Bahan Bertoksik Paling Kuat” pada masa kini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa mengkelaskan Dioksin sebagai KARSINOGEN (bahan penyebab kanser) kelas pertama.
Dioksin boleh menyebabkan:
-Ketidakstabilan hormon
-Kanser Payudara
-Kanser Ovari
-Kanser Usus
-Endometriosis
-Kemandulan
-Fibroid
-Keguguran
-Jangkitan pada uterus
-Melemahkan sistem imuniti badan
CIRI-CIRI TUALA WANITA:
1) Pembungkusan Yang Tidak ’Hygienic’
Pembungkusan di kilang Masih secara manual.
Pembungkus yang tidak boleh ditutup semula setelah dibuka. Mudah tercemar habuk, bakteria, kulat dan lembapan.
2) Penuh dengan bakteria
”Kandungan bakteria 11 x lebih tinggi dari piawaian antarabangsa”. Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan kegatalan pada alat sulit wanita. - Laporan Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) 1987.
3) Tiada tarikh luput (Expiry Date)
Hampir semua pad dipasaran tidak mempunyai tarikh luput. Ada pad yang telah berubah warnanya menjadi kekuning-kuningan masih dijual dikedai-kedai. Berapa pastikah anda ia tidak akan menjejaskan anggota sulit anda?
4) Pelapik Luar Tidak Telus Haba
Menyebabkan haba dari suhu darah haid terperangkap, alat sulit menjadi lembap dan tidak selesa.
5) Tiada Bahan Anti-Bakteria.
Pad wanita adalah tempat pembiakan bakteria yang paling ideal kerana terdapatnya protin didalam darah haid. Bakteria dengan mudah masuk kedalam badan melalui vagina dan melemahkan sistem imuniti badan. Bakteria akan memasuki ke dalam sistem badan hanya dalam tempoh 2 jam sekiranya haid ini tidak dicuci.

Untuk anggaran setiap wanita menggunakan ~ 15 000 keping tuala wanita sepanjang hayat mereka..
(35 tahun ;period pada usia 12 tahun dan menopouse pada usia 47 tahun).
Maka, risiko wanita itu terdedah pada Dioksin adalah
15 000 kali !!! 


*Kanser Serviks (Pangkal Rahim) menjadi Pembunuh No. 2 Wanita Malaysia*
Risau juga kan bila kita membeli tuala wanita ni.. Kena ambil tahu bahan yang digunakan..Sekarang ni plak banyak sangat jenama Tuala Wanita yang ada di pasaran.. rambang mata nak memilih.. apa pun ikut keselesaan kita masing-masing & pastikan ia betul-betul selamat utk digunakan... Tak kisah lah beli yang berkualiti & mahal sedikit.. janji tak menyesal di kemudian hari kan??..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan