|
siap dah tomyam |
perhatian saya gunakan 2 ekor ayam coze haritu adik beradik ramai kat rumah so ada buat makan2 sikit.pandai-pandai la korang olah balik yerrr..
Bahan-bahan;
- 2 ekor ayam yang telah dipotong dalam ketulan kecil
- 2 batang carrot dipotong serong(nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
- 3 kiub perencah tomyam Knorr atau maggie
- perahan air limau kasturi/limau nipis (atau ikut suka korang, bergantung tahap masam yang korang suka)
- 15 biji cili api - di ketuk
- lada kering (ikot suke korang nak banyak mana tapi bila nak buat tomyam pekat lada guna bnyak sikit
- 10 ulas bawang merah (mayang halus)
- 4 ulas bawang putih untuk (mayang halus)
- halia besar ibu jari (mayang halus) nak lebih pun boleh ikot suka.
- kunyit separuh ibu jari (mayang halus)
- 5 batang serai diketuk kasar (sekali ketuk cukuplah)
- 6 biji tomato(dibelah 4)
- Garam,gula dan serbuk perasa
Cara-caranya ;
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis lada kering,bawang merah,bawang putih, halia dan kunyit yang telah di belanda basah tumis sehingga naik bau.
- Masukkan serai dan kemudian masukkan kiub tomyam knorr.
- Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak.
- Masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak.
- Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan perahan limau serta cili api.
- Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan)
- Masukkan daun limau purut serta garam,gula dan serbuk perasa.
- Masukkan tomato.
- Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.
|
bahan2 yang dalam proses untuk dimasak. |
|
rencah yang telah disiapkan. |
|
bahan2 utama. |
Tiada ulasan :
Catat Ulasan