Ahad, 30 Mac 2014

KEK COKLAT LAPIS VANILLA KUKUS

Assalamualaikum okey yanie nak kongsi resepi kek coklat kukus hasil perkongsian kawan yanie so kalau nak cube boleh la lepas ni tak payah lagi nak beli kat kedai dah boleh buat sendiri.ok jom kite negok bahan - bahan dan cara membuatnya.



traaaaaaa...nilah hasilnya yanie buat 2 adun 1 nak buat berlapis dan 1 lagi corak kek merbel.untuk pengatahuan korang kalau nak buat macam gambar kat atas tu bahagikan kepada 2 adun 1 adun perisa coklat satu lagi yg macam kat atas tu yanie guna perisa vanila cuma tambah 1 sudu kecik  perisa vanilla dan sedikit perwana ape2 saje yang korang suka..


bahan2 untuk kek coklat kukus

Bahan - Bahanya:-
  1. 1 cwn tepung gandum diayak (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2cwn tepung gandum)
  2. 1 cwn gula halus (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2cwn gula halus)
  3. 1 cwn minyak jagung (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2cwn minyak jagung)
  4. 1 cwn serbuk koko (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2cwn serbuk koko)
  5. 3 biji telur (jika ingin membuat 2 adun gunakan 6 biji telur)
  6. 1/2 tin susu cair (jika ingin membuat 2 adun gunakan 1 tin susu cair)
  7. 1/4 tin susu pekat
  8. 1 sudu kecil serbuk baking powder (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2 sudu kecil baking powder)
  9. 1/2 sudu kecil perisa vanilla (untuk adunan kedua)
  10. sedikit pewarna ikot suke korang la (untuk adunan kedua)
Cara -Cara Membuatnya:-
  1. pukul telur dan gula halus sampai kembang (agak putuh / pucat sedikit)
okey contohnya macam nie
    2.  masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan minyak jagung sampai sebati.

cara untuk menyukat tepung gunakan cawan 1 cwn untuk 1 adun mak - mak korang mesti adakan cawan macam ni :)
    3. masukkan susu pekat dan susu cair.

    4. masukkan serbuk koko (yanie guna coklat vanhouten) serbuk carbonat dan baking powder.
        pukul sampai kembang.bahagikan kepada 2 adunan ikot contoh dibawah.adunan yang kedua
        campurkan 1 sudu perisa vanilla dan sedikit perwana (kesukaan korang la ye)

1 adun yanie buat perisa coklat

adunan ke2 perisa vanilla
      5. sapukan loyang dengan minyak makan sikit saje ye.dan tuangkan adunan kedalam loyang.

gunakan loyang yg kecil kecil untuk 1 adunan dan loyang  yang besar untuk 2 adunan

      6. jika nak buat berlapis2 lapisan yg pertama kukus 15 minit bila lapisan yg pertama da beku sedikit 
          barulah masukkan lapisan yang kedua dan seterusnya.jika nak buat satu perisa saja contohnya kek 
          coklat sahaja kukus selama 45minit (jangan lupe tuangkan separus loyang sahaja sebab nanti kek 
          tu akan naik).lepastu korang amik lidi dan cucukkan sedikit jika semasa tarik lidi tiada kek 
          melekat dan bersih manenye dah masak la tu.. 



memandangkan periuk kukus mak yanie rosak yanie guna periuk seberguna mak yanie nak kukus boleh nak  membakar pun boleh.

Isnin, 3 Mac 2014

KEISTIMEWAAN MINERAL COFFEE DAN KAHSIATNYA

macam duta pulak hehe..


Pasti ramai di antara readers sekalian yang suka minum kopikan?? Tapi tak kurang juga ade yang berpendapat minum kopi banyak sangatlah tak bagus kan.. Betul ke?? Fakta @ auta??

Kopi memang terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari pelbagai bangsa diseluruh dunia. Minat mendalam masyarakat pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut cita rasa masing-masing.

Para penyelidik ada berpendapat bahawa peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena penyakit-penyakit seperti  diabetes, jantung, stroke, parkinson, kanser, pengerasan hati atau sirosis.

Tetapi kafein yang merupakan kandungan utama kopi juga , boleh membuatkan seseorang tu  menjadi ketagih. Selain itu, kafein juga mempengaruhi sistem kardiovaskular tubuh seperti peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah.

Adakah anda tahu bahawa kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit. Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar. Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Disini saya nak suggestkan satu kopi yang sangat bagus untuk kesihatan kita...
MINERAL COFFEE merupakan alternatif kepada pengemar kopi yang ada di luar sana.

Aroma istimewa MINERAL COFFEE berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organiksemulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineralseperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. MINERAL COFFEE bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Garam buluh yang digunakan merupakan garam yang berkualiti tinggi yang diimport oleh syarikat KAEAM Trading di Korea satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh kerajaan Korea untuk mengeluarkan garam buluh bermutu tinggi.


Elemen Magnesium di dalam garam sangat penting untuk penyerapan kalsium dan menjaga kesihatan jantung. Apabila kalsium diserap dengan baik dan tekanan darah dapat distabilkan, badan kita dapat berada di dalam keadaan tenang.
Paling menarik MINERAL COFFEE ini ialah mengandungi unsur CHLOROGENIC ACID yang tinggi di dalamnya. Ia adalah sejenis protein yang dapat menghalang penyerapan gula dalam darah. Chlorogenic acid ini yang membantu mengawal berat badan. Inilah keunikan MINERAL COFFEEini jika nak dibandingkan dengan kopi sachet atau 3 in 1 yang ada dalam pasaran. MINERAL COFFEE bersifat ANTI-OBESITI.
Kelebihan MINERAL COFFEE yang lain:
  • ·         Kaya dengan anti-pengoksidaan
  • ·         Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium
  • ·         Menghilangkan keletihan fizikal dan mental
  • ·         Melegakan tekanan

MINERAL COFFEE ini juga sesuai untuk:
  • 1)      Pesakit darah tinggi - membantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Ini dikongsikan oleh seorang pesakit darah tinggi yang menyemak tekanan darah beliau sebelum dan seminggu selepas minum mineral coffee. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang bagi kita.
    2)      Pesakit imsomnia - kebiasaannya pesakit imsomnia ini antara lain masalahnya ialah kerana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.
    3)      Pesakit migrain - pada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.
    4)      Pesakit kencing manis - Garam Buluh  tadi membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid tadi.  Pesakit juga harus mengambilkira segi nasihat doktor.
    5)      Pesakit yang mempunyai HB rendah - Contohnya ibu mengandung yang mempunyai HB yang rendah boleh cuba minum mineral coffee. Magnesium di dalam mineral coffee juga boleh meningkatkan jumlah darah ke paras yang sihat.

 Cara pengambilan MINERAL COFFEE ini sangatlah senang. Bancuhkan sebungkus MINERAL COFFEE dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata. Sedap diminum ketika panas dan juga enak diminum bersama ais.

Setengah orang tak suka dengan garam buluh dengan baunya yang kurang enak.. So ni adalah alternatifnya.. 
Minum kopi sambil tu boleh jaga kesihatan diri..





Harga MINERAL COFFEE ini sangatlah murah..Hanya RM26.50 sekotak (20sachet)..


Jumaat, 31 Januari 2014

SINDROM SELFIE

tak dinafikan aku memang selfie
Perkataan 'Selfie' yang diiktiraf sebagai perkataan rasmi kini popular di kalangan pengguna telefon pintar terutama yang menggunakan laman sosial foto seperti Instagram.
ank kecik pun pandai nak selfie
dengan kawan pun boleh selfie
selfie lagi
Mengikut definisi selfie, ia adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon mudah alih atau kamera web yang kemudiannya dimuatnaik ke dalam laman web.

artis  tidak ketinggalan untuk selfie