ASSALAMUALAIKUM
Ha lama tak bukak blog ni…lama la sangat hehe.tadi lapas masak nak buang sisa makanan kat blakang rumah yani telah dikejar kucing hehe…si mioww ni wat suspen je.dah la yani takot kucing.Agak pelikkan kedengarannya..hadoiiii ada jugak hamba allah yang macam ni haii..malu pulak rasanya. Kalau dulu memang takot sangat lagi-lagi kalau kucing yang bulu lebat naik bulu ruma kita negok tapi sekarang perasaan takot tu dah kurang.Dari kecik memang takot kucing.kat rumah pun tak bela kucing lagi pun mak yani tak kasi bela kucing.
Nak ditakdirkan yani kenal dengan tunang yani and kakak dia pencinta si mieoww tu banyak kucing dia bela memang dia minat and sayang kucing.mesti korang tertanya-tanya macam mana la situasi bila datang rumah en.tunangkan control la perasaan tu malu beb..tapi di orang semua tau yanie takot kucing..tapi perasaan tu dah berkurangan sikit je kalau dulu perasaan takot tu ada 100% sekarang tinggal 80% je hehehehe…
Ada jugak kejadian yang memalukan berlaku pada yanie.Penahla kuar makan dengan en.tunang kat kedai makan tu besepah kucing bila kucing tu datang nak mintak makan atau duduk bawah meja mula la yani risau.Penakot la katakan en tunang pun cakap 'haa..jangan jerit malu orang negok'kadang-kadang terjerit jugak ni bukan gedik dah memang datang dalam jiwa nak wat macam mana hehe..en.tunang selalau cakap jangan takot tukan binatang kesayangan nabi Muhammad.
Dulu time sekolah kawan-kawan suke takutkan yani dengan kucing punyalah takot n geli bulu dia yani nyorok bawah meja dalam kelas sampai menangis yanie dibuatnya.Jauh disudut hati nak sangat belai si miowww tu.tapi tak boleh la..korang ada cadangan untuk hilangkan rase takut ni share la dengan yanie ok..
namun yani punya angan-angan punya kucing comel.kalaulah di takdirkan satu masa nanti yani punya keberanian untuk bela kucing yani cuma nak bela 4 ekor saje..jom tengok kucing yang macam mana yani nak..
ni nama dia dady dia nampak macam garangkan kucing jantan |
ni nama dia gojes sebab dia nampak macam star lain dari yang lain kucing jantan |
ok yang ni nama dia sakira cutekan kucing betina |
ni nama dia cik bam sebab dia tembam |
25 fakta menarik mengenai kucing ? Kucing ialah haiwan kesayangan Rasullulah, dan juga beberapa sahabat yang lain. Kucing juga ialah antara haiwan peliharaan rumah yang jinak dan mudah diurus. Disamping seringkali dijadikan sebagai teman dikala sunyi, sedih, dan juga sebagai tempat bermanja ia mempunyai beberapa fakta menarik yang menjadikannya lebih istimewa. Berikut ialah 25 fakta menarik mengenai kucing.
2. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia
3. Kucing tidak memiliki tulang selangka, *clavicle
4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah
bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan
5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz
6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubunga mata dengan besarnya tubuh)
7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina
8. Pandangan kucing ialah 185 darjah
9. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta
10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika kamu ingin melakukan pemeriksaan denyutan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)
11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit
12. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C
13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu per jam
14. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif
15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya
16. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing
17. Kucing bertindak balas terhadap daripada panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki,
18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing
19. Telah dibuktikan secara kajian bahwa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita
20. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan
21. Kucing dapat membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal
22. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama apabila mendengar bunyi anjing)
23. Kucing tidak dapat merasa manis
24. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga
25. Umur kucing lebih pantas bergerak berbanding manusia.
Untuk menentukan umur kucing dengan menjadikan umur manusia sebagai
dasar, mulakan kiraan tahun pertama kucing bersamaan dengan 20 tahun
manusia, tahun kucing berikutnya bersamaan dengan 4 tahun manusia.
Contoh, seekor kucing berusia 4 tahun. Dalam umur manusia, kucing tersebut berumur 32 tahun.
1tahun pertama (20 tahun manusia), 3 tahun berikutnya (4 tahun manusia darab 3) = 32 tahun.