Ahad, 22 Disember 2013

RESEPI : TOMYAM AYAM PEKAT

siap dah tomyam


perhatian saya gunakan 2 ekor ayam coze haritu adik beradik ramai kat rumah so ada buat makan2 sikit.pandai-pandai la korang olah balik yerrr..

 Bahan-bahan;


  • 2 ekor ayam yang telah dipotong dalam ketulan kecil
  • 2 batang carrot dipotong serong(nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
  • 3 kiub perencah tomyam Knorr atau maggie
  • perahan air limau kasturi/limau nipis (atau ikut suka korang, bergantung tahap masam yang korang suka)
  • 3 helai daun limau purut
  • 15 biji cili api - di ketuk
     
  • lada kering (ikot suke korang nak banyak mana tapi bila nak buat tomyam pekat lada guna bnyak sikit
  • 10 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 4 ulas bawang putih untuk (mayang halus)
  • halia besar ibu jari (mayang halus) nak lebih pun boleh ikot suka.
  • kunyit separuh ibu jari (mayang halus)
  • 5 batang serai diketuk kasar (sekali ketuk cukuplah)
  • 6 biji tomato(dibelah 4)
  • Air secukupnya
  • Garam,gula dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;

  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis lada kering,bawang merah,bawang putih, halia dan kunyit yang telah di belanda basah tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan serai dan  kemudian masukkan kiub tomyam knorr.
  • Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak.
  • Masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak.
  • Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan perahan limau serta cili api.
  • Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan) 
  • Masukkan daun limau purut serta garam,gula dan serbuk perasa.
  • Masukkan tomato.
  • Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.
bahan2 yang dalam proses untuk dimasak.

rencah yang telah disiapkan.

bahan2 utama.

Sabtu, 2 November 2013

SCRUB DENGAN MENGGUNAKAN KULIT TELUR


Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam

Sabtu, 26 Oktober 2013

AILUROPHOBIA SI PENAKUT KUCING




ASSALAMUALAIKUM


Ha lama tak bukak blog ni…lama la sangat hehe.tadi lapas masak nak buang sisa makanan kat blakang rumah yani telah dikejar kucing hehe…si mioww ni wat suspen je.dah la yani takot kucing.Agak pelikkan kedengarannya..hadoiiii ada jugak hamba allah yang macam ni haii..malu pulak rasanya. Kalau dulu memang takot sangat lagi-lagi kalau kucing yang bulu lebat naik bulu ruma kita negok tapi sekarang perasaan takot tu dah kurang.Dari kecik memang takot kucing.kat rumah pun tak bela kucing lagi pun mak yani tak kasi bela kucing.
 

Nak ditakdirkan yani kenal dengan tunang yani and kakak dia pencinta si mieoww  tu banyak kucing dia bela memang dia minat and sayang kucing.mesti korang tertanya-tanya macam mana la situasi bila datang rumah en.tunangkan control la perasaan tu malu beb..tapi di orang semua tau yanie takot kucing..tapi perasaan tu dah berkurangan sikit je kalau dulu perasaan takot tu ada 100% sekarang tinggal 80% je hehehehe…


Ada jugak kejadian yang memalukan berlaku pada yanie.Penahla kuar makan dengan en.tunang kat kedai makan tu besepah kucing bila kucing tu datang nak mintak makan atau duduk bawah meja mula la yani risau.Penakot la katakan en tunang pun cakap 'haa..jangan jerit malu orang negok'kadang-kadang terjerit jugak ni bukan gedik dah memang datang dalam jiwa nak wat macam mana hehe..en.tunang selalau cakap jangan takot tukan binatang kesayangan nabi Muhammad.

 

Dulu time sekolah kawan-kawan suke takutkan yani dengan kucing punyalah takot n geli bulu dia yani nyorok bawah meja dalam kelas sampai menangis yanie dibuatnya.Jauh disudut hati nak sangat belai si miowww tu.tapi tak boleh la..korang ada cadangan untuk hilangkan rase takut ni share la dengan yanie ok..

namun yani punya angan-angan punya kucing comel.kalaulah di takdirkan satu masa nanti yani punya keberanian untuk bela kucing yani cuma nak bela 4 ekor saje..jom tengok kucing yang macam mana yani nak..


 
ni nama dia dady dia nampak macam garangkan kucing jantan

ni nama dia gojes sebab dia nampak macam star lain dari yang lain kucing jantan

ok yang ni nama dia sakira cutekan  kucing betina

ni nama dia cik bam sebab dia tembam

25 fakta menarik mengenai kucing ? Kucing ialah haiwan kesayangan Rasullulah, dan juga beberapa sahabat yang lain. Kucing juga ialah antara haiwan peliharaan rumah yang jinak dan mudah diurus. Disamping seringkali dijadikan sebagai teman dikala sunyi, sedih, dan juga sebagai tempat bermanja ia mempunyai beberapa fakta menarik yang menjadikannya lebih istimewa. Berikut ialah 25 fakta menarik mengenai kucing.

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia


2. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia

3. Kucing tidak memiliki tulang selangka, *clavicle

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah 
bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubunga mata dengan besarnya tubuh)

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina

8. Pandangan kucing ialah 185 darjah

9. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika kamu ingin melakukan pemeriksaan denyutan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit

12. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu per jam

14. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya

16. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing

17. Kucing bertindak balas terhadap daripada panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki,

18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

19. Telah dibuktikan secara kajian bahwa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita

20. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

21. Kucing dapat membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal

22. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama apabila mendengar bunyi anjing)

23. Kucing tidak dapat merasa manis

24. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

25. Umur kucing lebih pantas bergerak berbanding manusia.

Untuk menentukan umur kucing dengan menjadikan umur manusia sebagai dasar, mulakan kiraan tahun pertama kucing bersamaan dengan 20 tahun manusia, tahun kucing berikutnya bersamaan dengan 4 tahun manusia.

Contoh, seekor kucing berusia 4 tahun. Dalam umur manusia, kucing tersebut berumur 32 tahun.
1tahun pertama (20 tahun manusia), 3 tahun berikutnya (4 tahun manusia darab 3) = 32 tahun.

Khamis, 10 Oktober 2013

AWESOME TAKDIR DAN JODOH

ASSALAMUALAIKUM


Ramai orang keliru apakah dia takdir dan apakah dia jodoh. Ramai juga yang berfikir jodoh kita telah ditentukan sejak azali lagi. "Jadi kalau ada jodoh adalah, kalau takda jodoh takdalah. Itu semua ketentuan Tuhan dalam takdirnya". Ada betul juga pernyataan ini. Jadi, jika semuanya telah ditentukan. Apa perlunya kita berusaha? Duduk rumah boleh dapat jodoh bukan?

Mari kita kupas, apakah maksud takdir terlebih dahulu. Takdir adalah berasal daripada perkataan kadar. Takdir adalah satu perkadaran yang ditentukan. Contohnya, perjalanan planet-planet adalah mengikut laluan yang ditentukan. Keseluruhan isi alam ini bergerak mengikut perkadaran yang telah ditentukan. Jika alam ini melanggar perkadarannya sendiri, maka kucar kacirlah alam ini. Setiap benda yang bergerak di dalam alam ini termasuk manusia dan haiwan adalah mengikut perkadarannya sendiri.

Apakah itu jodoh? Jodoh adalah keserasian. Jika sesuatu pasangan itu serasi, maka kekal lah jodoh itu, jika tidak serasi, maka jodoh itu tidak akan berkekalan. Apakah yang menyebabkan berlakunya keserasian itu? Sudah tentu perkadaran manusia itu sendiri. Setiap manusia telah ditetapkan perjalanan hidup mereka sendiri.

Dalam perjalanan hidup inilah manusia akan bertemu dengan jodoh mereka. Dan jika jodoh mereka ini mempunyai perkadaran yang sama maka berlakulah keserasian. Bagaimana pula 
dengan kahwin paksa atau pun jodoh yang dirancang? Kita ibaratkan kahwin paksa ini sebagai memasukkan belon ke dalam air di dalam sebuah baldi, dan kita tutup baldi itu dengan penutup. Jika penutup itu kuat, maka belon itu akan kekal di dalam air. Tetapi, jika tenaga belon itu lebih kuat, maka belon itu akan terkeluar daripada air tersebut. Ini bergantung kepada faktor luaran juga, dimana ada unsur lain yang membantu belon itu terkeluar dari baldi air.

Daripada analogi ini kita simpulkan bahawa, takdir belon itu sebenarnya terapung di atas air, kerana sifatnya yang tidak boleh bercampur dengan air. Walaubagaimanapun ada unsur luaran yang boleh mengubah takdir belon tersebut untuk tenggelam di dalam air. Inilah yang dikatakan perkahwinan dari luar nampak bahagia, tapi pada hakikatnya menderita. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh samakan manusia dengan belon, manusia boleh berubah.

Ingat lagi teori evolusi? Teori ini kelihatan melanggar akidah agama tertentu, tapi jika dikaji terlebih mendalam, manusia zaman prasejarah memang tidak sama dengan manusia zaman kini. Genetik manusia telah berubah mengikut kesesuaian zaman. Manusia zaman kini lebih bijak dan lebih tabah jika dibandingkan zaman dahulu yang penuh dengan peperangan dan permusuhan. Tetapi, ini bergantung kepada manusia itu sendiri jika ia mahu berubah atau tidak. Jika, ia menerima hakikat bahawa pasangannya yang dipaksa kahwin itu sebagai jodohnya, dan ia redha dengan ketentuan itu, maka ia akan bahagia. Inilah kelebihan manusia, mereka ada kuasa memilih iaitu akal. Berbeza sangat dengan makhluk lain yang hanya mengikut sahaja perkadaran yang telah ditentukan...

Ahad, 6 Oktober 2013

KEHADIRAN JERAWAT BOLEH MEMBUNUH KEYAKINAN SESAORANG..



ASSALAMUALAIKUM…..



Hai you all how are u today??? Yanie alhamdulillah sehat walafiat.Hari ni yanie nak kongsi entri tentang jerawat and ubat jerawat yang sangat berkesan.Yanie dah cube itu macam mau share lah..hehe.Dulu time sekoalah time muda remaja kulit licin je.Jerawat pun segan nak duduk kat muke ni Tapi start umur yanie 21tahun jerawat mula bermaharajarela dah macam pendatang asing duduk dimuke tampa permit..hehe..Dan di saat itu jugaklah yanie sibuk cari produk yang serasi.

Macam-macam produk yanie guna berkesan tu memanglah tapi tak bekekalan sedihhhh…macam putus cinta pulak.Kadang-kadang apa yang orang guna tu tak semestinya sesuai untuk kita betul tak..??? Makin meroskkan lagi kulit kita adalah…So kalau you all nak pakai produk kecantikkan carilah produk yang benar2 sesuai dengan kulit untuk jangka masa panjang.

Okey sambung balik cerita yanie tadi..bila dah macam-macam produk yanie guna muke jadi teruk kulit nipis jerawat satu muke bernanah sampaikan bila yani buka tudung kain tudung tu melekat kat kulit muke yanie. Bila tarik habis berdarah..muke jadi kemerah-merahan budak kecik negok pun takut sampai menangis. Berpantang makanan tu jangan cakaplah makanan yang boleh buat kulit arlegic semua yanie tak makan.Yanie bukan mereka cerita tapi itulah hakikatnya.Itu belum masuk sindiran dan herdikkan orang memang keritikal waktu tu.Duit jangan cakaplah dah banyak habis.Duit gaji pun habis kat produk-produk yang yanie pakai tuje.

Abah yanie dah banyak kali tegur pegi je klinik mintak nasihat doktor and guna ubat doctor. Tapi masa tu degil sangat bila dah keritikal baru yanie pegi klinik dalam hati memang tak yakin dengan ubat doktor.Tapi keadaan merubah segalanya bila yanie guna ubat jarawat T TREE MYCIN sangat berkesan sampai sekarang yanie masih guna lagi.Ubat ni sangat bagus untuk kulit bila pakai tak pedih,tak berbau dan cepat menyerap.Hanya sapu pade permukaan jerawat je..tapi kalau over dos kulit jadi kering You all bleh cari ubat ni dekat farmasi atau klinik2.Dan sekarang kulit pulih walaupun tak sempurna mana tapi syukur Alhamdulillah kulit tak teruk macam dulu….




Ahad, 29 September 2013

PERNAH TAK KORANG TERPIKIR KENAPE CINCIN KAHWIN TERSARUNG DI JARI MANIS??????

nak tahu? let's cekidout!

ikuti langkah2 ini:

1. pertama, temukan hujung kesemua lima jari tangan kiri dan kanan korang. jari tengah ditekuk ke dalam

2. kemudian, 4 jari lain pertemukan hujungnya menjadi 5 pasang jari yang bercantum.

3. let's get it start, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang jari yang tak terpisah.

4. cuba buka (renggang/pisahkan) hujung kedua-dua ibu jari korang. anggaplah ibu jari mewakili ibu bapa kita. ibu jari mudah dibuka kerana semua manusia akuan mengalami sakit dan mati. dengan demikian, ibu bapa kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. tutup kembali ibu jari korang san buka pula jari telunjuk korang. anggaplah jari telunjuk mewakili kakak dan adik kita. mereka memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meningggalkan kita.

6. sekarang tutup kembali jari telunjuk korang, dan buka pula jari kelingking. anggaplah jari kelingking mewakili anak-anak kita. cepat atau lambat, anak-anak juga akan meninggalkan kita.

7. selanjutnya, tutup jari kelingking korang dan bukalah jari mani korang. hairankan sebab jari manis tersebut tidak boleh dibuka, direnggankan atau dipisahkan hujung kedua-duanya. kerana jari manis mewakili suami dan isteri.selama hidup akan terus melekat antara satu sama lain. Insyaallah.

mungkin sebab itulah cincin perkahwinan disarungkan di jari manis. sejauh mane kebenarannye tu tak tahu la..


Khamis, 1 Ogos 2013

SALAM PERKENALAN SALAM SAYANG UNTUK RAKAN-RAKAN SEKALIAN..



ASSALAMUALAIKUM……


Hai semua apa kahbar??Terima kasih sudi singgah blog yanie..sebenarnya  tujuaan buat blog ni seje nak isi masa lapang.yelah boring-boring tak salah rasenya nak berblogging..hehe  macam-macam kita boleh share kat blog ni saling tukar pendapat dan pandangan. Apa pun komen you all yanie terima seadanya..nanti kalau ada story best2 yani akan share dengan you all.

Sebelum ni yanie buat blog asyik tak jadi yelah orang cetek it ape boleh buat. But try jelah sampai Berjaya and nilah hasilnya.Walaupun tak BOOM macam FATIN LIYANA,YUYU ZULAIKAH and HANIS ZALIKAH..hehe.Tapi ni pun belum cukup sempurna nantilah dari masa ke semase yanie akan buat entri yang best2 and update apa yang patut okey.Pertama sekali yanie nak kenalkan diri nama dalam my kad hariani bte md ghazali umur 28tahun berasal dari simpang renggam.Anak ke5 dari 7orang adik beradik yanie ada 2abang 2akak and 2adik.

Ramai orang tertanya2 kenapa nama panggilan yanie??? Sedangkan kalau tengok pada nama penuh lain lansung tak same.Sebenarnya nama panggilan yanie macam2 itu semua orang yang beri yanie,ani,nani and uteh haaaa…banyakkan.. itu semua kawan-kawan yang bagi sebab dekat tempat kerja dulu nama panggilan hampir same jadi dapatlah nama-nama yang macam tu.Cume nama panggilan  uteh je kaum kerabat yang panggil sebab itu nama timangan mase kecik-kecik dulu.Okey sekarang sudah jelaskan jadi kalau terbace enteri ni terungkaplah kemushkilan you all.

Pertama sekali buat blog ni yanie dah fikir apa name nak letak..fikir punya fikir okey nama ni mungkin sesuai kot TIARASAKURA.Sebarang komen amatlah dialu-alukan apa yang baik tu datang dari ALLAH s.w.t dan segala ape yang kurang tu dataangnya dari diri sendiri.Okey friend jumpa lagi…bye2 assalamualaikum.




gambar raya