Ahad, 30 Mac 2014

KEK COKLAT LAPIS VANILLA KUKUS

Assalamualaikum okey yanie nak kongsi resepi kek coklat kukus hasil perkongsian kawan yanie so kalau nak cube boleh la lepas ni tak payah lagi nak beli kat kedai dah boleh buat sendiri.ok jom kite negok bahan - bahan dan cara membuatnya.



traaaaaaa...nilah hasilnya yanie buat 2 adun 1 nak buat berlapis dan 1 lagi corak kek merbel.untuk pengatahuan korang kalau nak buat macam gambar kat atas tu bahagikan kepada 2 adun 1 adun perisa coklat satu lagi yg macam kat atas tu yanie guna perisa vanila cuma tambah 1 sudu kecik  perisa vanilla dan sedikit perwana ape2 saje yang korang suka..


bahan2 untuk kek coklat kukus

Bahan - Bahanya:-
  1. 1 cwn tepung gandum diayak (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2cwn tepung gandum)
  2. 1 cwn gula halus (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2cwn gula halus)
  3. 1 cwn minyak jagung (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2cwn minyak jagung)
  4. 1 cwn serbuk koko (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2cwn serbuk koko)
  5. 3 biji telur (jika ingin membuat 2 adun gunakan 6 biji telur)
  6. 1/2 tin susu cair (jika ingin membuat 2 adun gunakan 1 tin susu cair)
  7. 1/4 tin susu pekat
  8. 1 sudu kecil serbuk baking powder (jika ingin membuat 2 adun gunakan 2 sudu kecil baking powder)
  9. 1/2 sudu kecil perisa vanilla (untuk adunan kedua)
  10. sedikit pewarna ikot suke korang la (untuk adunan kedua)
Cara -Cara Membuatnya:-
  1. pukul telur dan gula halus sampai kembang (agak putuh / pucat sedikit)
okey contohnya macam nie
    2.  masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan minyak jagung sampai sebati.

cara untuk menyukat tepung gunakan cawan 1 cwn untuk 1 adun mak - mak korang mesti adakan cawan macam ni :)
    3. masukkan susu pekat dan susu cair.

    4. masukkan serbuk koko (yanie guna coklat vanhouten) serbuk carbonat dan baking powder.
        pukul sampai kembang.bahagikan kepada 2 adunan ikot contoh dibawah.adunan yang kedua
        campurkan 1 sudu perisa vanilla dan sedikit perwana (kesukaan korang la ye)

1 adun yanie buat perisa coklat

adunan ke2 perisa vanilla
      5. sapukan loyang dengan minyak makan sikit saje ye.dan tuangkan adunan kedalam loyang.

gunakan loyang yg kecil kecil untuk 1 adunan dan loyang  yang besar untuk 2 adunan

      6. jika nak buat berlapis2 lapisan yg pertama kukus 15 minit bila lapisan yg pertama da beku sedikit 
          barulah masukkan lapisan yang kedua dan seterusnya.jika nak buat satu perisa saja contohnya kek 
          coklat sahaja kukus selama 45minit (jangan lupe tuangkan separus loyang sahaja sebab nanti kek 
          tu akan naik).lepastu korang amik lidi dan cucukkan sedikit jika semasa tarik lidi tiada kek 
          melekat dan bersih manenye dah masak la tu.. 



memandangkan periuk kukus mak yanie rosak yanie guna periuk seberguna mak yanie nak kukus boleh nak  membakar pun boleh.

Isnin, 3 Mac 2014

KEISTIMEWAAN MINERAL COFFEE DAN KAHSIATNYA

macam duta pulak hehe..


Pasti ramai di antara readers sekalian yang suka minum kopikan?? Tapi tak kurang juga ade yang berpendapat minum kopi banyak sangatlah tak bagus kan.. Betul ke?? Fakta @ auta??

Kopi memang terkenal sebagai minuman paling popular dan digemari pelbagai bangsa diseluruh dunia. Minat mendalam masyarakat pada minuman berkafein berkenaan menyebabkan ia dihasilkan dalam pelbagai versi perasa mengikut cita rasa masing-masing.

Para penyelidik ada berpendapat bahawa peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena penyakit-penyakit seperti  diabetes, jantung, stroke, parkinson, kanser, pengerasan hati atau sirosis.

Tetapi kafein yang merupakan kandungan utama kopi juga , boleh membuatkan seseorang tu  menjadi ketagih. Selain itu, kafein juga mempengaruhi sistem kardiovaskular tubuh seperti peningkatan denyutan jantung dan tekanan darah.

Adakah anda tahu bahawa kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit. Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar. Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Disini saya nak suggestkan satu kopi yang sangat bagus untuk kesihatan kita...
MINERAL COFFEE merupakan alternatif kepada pengemar kopi yang ada di luar sana.

Aroma istimewa MINERAL COFFEE berasal daripada bijian kopi Robusta dan garam buluh organiksemulajadi dari Korea. Selain aroma kopinya yang wangi, ia juga kaya dengan bahan mineralseperti magnesium yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium dan penggunaannya. MINERAL COFFEE bukan sahaja memenuhi cita rasa para peminat kopi, malah kandungan garam buluh di dalamnya telah meningkatkan nilai nutrisi kopi.

Garam buluh yang digunakan merupakan garam yang berkualiti tinggi yang diimport oleh syarikat KAEAM Trading di Korea satu-satunya syarikat yang diiktiraf oleh kerajaan Korea untuk mengeluarkan garam buluh bermutu tinggi.


Elemen Magnesium di dalam garam sangat penting untuk penyerapan kalsium dan menjaga kesihatan jantung. Apabila kalsium diserap dengan baik dan tekanan darah dapat distabilkan, badan kita dapat berada di dalam keadaan tenang.
Paling menarik MINERAL COFFEE ini ialah mengandungi unsur CHLOROGENIC ACID yang tinggi di dalamnya. Ia adalah sejenis protein yang dapat menghalang penyerapan gula dalam darah. Chlorogenic acid ini yang membantu mengawal berat badan. Inilah keunikan MINERAL COFFEEini jika nak dibandingkan dengan kopi sachet atau 3 in 1 yang ada dalam pasaran. MINERAL COFFEE bersifat ANTI-OBESITI.
Kelebihan MINERAL COFFEE yang lain:
  • ·         Kaya dengan anti-pengoksidaan
  • ·         Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium
  • ·         Menghilangkan keletihan fizikal dan mental
  • ·         Melegakan tekanan

MINERAL COFFEE ini juga sesuai untuk:
  • 1)      Pesakit darah tinggi - membantu mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Ini dikongsikan oleh seorang pesakit darah tinggi yang menyemak tekanan darah beliau sebelum dan seminggu selepas minum mineral coffee. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang bagi kita.
    2)      Pesakit imsomnia - kebiasaannya pesakit imsomnia ini antara lain masalahnya ialah kerana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.
    3)      Pesakit migrain - pada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain.
    4)      Pesakit kencing manis - Garam Buluh  tadi membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid tadi.  Pesakit juga harus mengambilkira segi nasihat doktor.
    5)      Pesakit yang mempunyai HB rendah - Contohnya ibu mengandung yang mempunyai HB yang rendah boleh cuba minum mineral coffee. Magnesium di dalam mineral coffee juga boleh meningkatkan jumlah darah ke paras yang sihat.

 Cara pengambilan MINERAL COFFEE ini sangatlah senang. Bancuhkan sebungkus MINERAL COFFEE dengan 150ml air panas, boleh diminum selepas dikacau dengan rata. Sedap diminum ketika panas dan juga enak diminum bersama ais.

Setengah orang tak suka dengan garam buluh dengan baunya yang kurang enak.. So ni adalah alternatifnya.. 
Minum kopi sambil tu boleh jaga kesihatan diri..





Harga MINERAL COFFEE ini sangatlah murah..Hanya RM26.50 sekotak (20sachet)..


Jumaat, 31 Januari 2014

SINDROM SELFIE

tak dinafikan aku memang selfie
Perkataan 'Selfie' yang diiktiraf sebagai perkataan rasmi kini popular di kalangan pengguna telefon pintar terutama yang menggunakan laman sosial foto seperti Instagram.
ank kecik pun pandai nak selfie
dengan kawan pun boleh selfie
selfie lagi
Mengikut definisi selfie, ia adalah satu gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon mudah alih atau kamera web yang kemudiannya dimuatnaik ke dalam laman web.

artis  tidak ketinggalan untuk selfie

Ahad, 22 Disember 2013

RESEPI : TOMYAM AYAM PEKAT

siap dah tomyam


perhatian saya gunakan 2 ekor ayam coze haritu adik beradik ramai kat rumah so ada buat makan2 sikit.pandai-pandai la korang olah balik yerrr..

 Bahan-bahan;


  • 2 ekor ayam yang telah dipotong dalam ketulan kecil
  • 2 batang carrot dipotong serong(nak tambah baby corn dan cendawan pun boleh)
  • 3 kiub perencah tomyam Knorr atau maggie
  • perahan air limau kasturi/limau nipis (atau ikut suka korang, bergantung tahap masam yang korang suka)
  • 3 helai daun limau purut
  • 15 biji cili api - di ketuk
     
  • lada kering (ikot suke korang nak banyak mana tapi bila nak buat tomyam pekat lada guna bnyak sikit
  • 10 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 4 ulas bawang putih untuk (mayang halus)
  • halia besar ibu jari (mayang halus) nak lebih pun boleh ikot suka.
  • kunyit separuh ibu jari (mayang halus)
  • 5 batang serai diketuk kasar (sekali ketuk cukuplah)
  • 6 biji tomato(dibelah 4)
  • Air secukupnya
  • Garam,gula dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya ;

  • Panaskan minyak dalam periuk dan tumis lada kering,bawang merah,bawang putih, halia dan kunyit yang telah di belanda basah tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan serai dan  kemudian masukkan kiub tomyam knorr.
  • Masukkan ketulan ayam dan balik-balikkan sehingga separuh masak.
  • Masukkan air sehingga tenggelam ayam berkenaan atau ikut suka berapa banyak kuah yang korang nak.
  • Biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan perahan limau serta cili api.
  • Masukkan sayuran (carrot, baby corn atau cendawan) 
  • Masukkan daun limau purut serta garam,gula dan serbuk perasa.
  • Masukkan tomato.
  • Biarkan mendidih, kemudian rasalah. Kalau rasa semua dah ok, boleh tutup api dan hidang untuk dimakan.
bahan2 yang dalam proses untuk dimasak.

rencah yang telah disiapkan.

bahan2 utama.

Sabtu, 2 November 2013

SCRUB DENGAN MENGGUNAKAN KULIT TELUR


Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam

Sabtu, 26 Oktober 2013

AILUROPHOBIA SI PENAKUT KUCING




ASSALAMUALAIKUM


Ha lama tak bukak blog ni…lama la sangat hehe.tadi lapas masak nak buang sisa makanan kat blakang rumah yani telah dikejar kucing hehe…si mioww ni wat suspen je.dah la yani takot kucing.Agak pelikkan kedengarannya..hadoiiii ada jugak hamba allah yang macam ni haii..malu pulak rasanya. Kalau dulu memang takot sangat lagi-lagi kalau kucing yang bulu lebat naik bulu ruma kita negok tapi sekarang perasaan takot tu dah kurang.Dari kecik memang takot kucing.kat rumah pun tak bela kucing lagi pun mak yani tak kasi bela kucing.
 

Nak ditakdirkan yani kenal dengan tunang yani and kakak dia pencinta si mieoww  tu banyak kucing dia bela memang dia minat and sayang kucing.mesti korang tertanya-tanya macam mana la situasi bila datang rumah en.tunangkan control la perasaan tu malu beb..tapi di orang semua tau yanie takot kucing..tapi perasaan tu dah berkurangan sikit je kalau dulu perasaan takot tu ada 100% sekarang tinggal 80% je hehehehe…


Ada jugak kejadian yang memalukan berlaku pada yanie.Penahla kuar makan dengan en.tunang kat kedai makan tu besepah kucing bila kucing tu datang nak mintak makan atau duduk bawah meja mula la yani risau.Penakot la katakan en tunang pun cakap 'haa..jangan jerit malu orang negok'kadang-kadang terjerit jugak ni bukan gedik dah memang datang dalam jiwa nak wat macam mana hehe..en.tunang selalau cakap jangan takot tukan binatang kesayangan nabi Muhammad.

 

Dulu time sekolah kawan-kawan suke takutkan yani dengan kucing punyalah takot n geli bulu dia yani nyorok bawah meja dalam kelas sampai menangis yanie dibuatnya.Jauh disudut hati nak sangat belai si miowww tu.tapi tak boleh la..korang ada cadangan untuk hilangkan rase takut ni share la dengan yanie ok..

namun yani punya angan-angan punya kucing comel.kalaulah di takdirkan satu masa nanti yani punya keberanian untuk bela kucing yani cuma nak bela 4 ekor saje..jom tengok kucing yang macam mana yani nak..


 
ni nama dia dady dia nampak macam garangkan kucing jantan

ni nama dia gojes sebab dia nampak macam star lain dari yang lain kucing jantan

ok yang ni nama dia sakira cutekan  kucing betina

ni nama dia cik bam sebab dia tembam

25 fakta menarik mengenai kucing ? Kucing ialah haiwan kesayangan Rasullulah, dan juga beberapa sahabat yang lain. Kucing juga ialah antara haiwan peliharaan rumah yang jinak dan mudah diurus. Disamping seringkali dijadikan sebagai teman dikala sunyi, sedih, dan juga sebagai tempat bermanja ia mempunyai beberapa fakta menarik yang menjadikannya lebih istimewa. Berikut ialah 25 fakta menarik mengenai kucing.

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia


2. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia

3. Kucing tidak memiliki tulang selangka, *clavicle

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah 
bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubunga mata dengan besarnya tubuh)

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina

8. Pandangan kucing ialah 185 darjah

9. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika kamu ingin melakukan pemeriksaan denyutan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit

12. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu per jam

14. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya

16. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing

17. Kucing bertindak balas terhadap daripada panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki,

18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

19. Telah dibuktikan secara kajian bahwa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita

20. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

21. Kucing dapat membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal

22. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama apabila mendengar bunyi anjing)

23. Kucing tidak dapat merasa manis

24. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

25. Umur kucing lebih pantas bergerak berbanding manusia.

Untuk menentukan umur kucing dengan menjadikan umur manusia sebagai dasar, mulakan kiraan tahun pertama kucing bersamaan dengan 20 tahun manusia, tahun kucing berikutnya bersamaan dengan 4 tahun manusia.

Contoh, seekor kucing berusia 4 tahun. Dalam umur manusia, kucing tersebut berumur 32 tahun.
1tahun pertama (20 tahun manusia), 3 tahun berikutnya (4 tahun manusia darab 3) = 32 tahun.